tag:blogger.com,1999:blog-119845822024-03-14T08:15:05.722-07:00Di manakan ku cari...Catatan perjalanan seorang insan meniti kehidupan dalam sebuah pencarian..madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.comBlogger103125tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-7846361823726321782018-03-08T23:38:00.001-08:002018-03-08T23:38:48.646-08:00JejakMenjejaki laman rasa yang lama ditinggalkan.
Mungkin akan dikemaskan semula sebagai tempat melepas rindu.
Bila tiba masanya nanti, inilah ruang permainan.
Bagi mengisi ruang kosong dalam kehidupam.
Bila tiba masanya. Jika diizinkan!madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-38037039304534454142015-06-12T02:34:00.000-07:002015-06-12T02:34:03.745-07:00Pasca Satu EraPasca sebuah era,
satu pelaksanaan yang bermula dalam paksarela,
namun tanggungjawab dilaksana dengan setia,
Tanpa mengharap puji puja,
malah kadang kadang mengundang nista.
Esuk kelansungan hidup diteruskan
Sekadar memenuhi janji
Sebuah kehidupan.
Koma, bukan noktah lagi.
madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-59299865486886782892015-06-03T23:35:00.000-07:002015-06-03T23:35:06.063-07:00LamaTerlalu lama. Tidak menjenguk ke taman ini. Mencoret catata pengembara. Pencari ada yang berada dalam tiada. Banyak yang inin di catat. tapi gagal mengatur masa. Nanti. Bila ada kelapangan. InsyaAllah.madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-12288808831953916842014-10-08T15:37:00.001-07:002014-10-08T15:37:17.096-07:00PerjalananDalam tempoh terdekat yang berlalu terlalu ramai sahabat yang tamat perjalananya. Yaani perjalanan hidup mereka.
Samada bersedia atau tidak mereka ditamatkan perjalananya walaupun masing masin merasa masih banyak yang perlu dilakukan. Masihh banyak urusan duniawi yang belum tuntas. Masih banyak urusan ukhrawi yang ingin dilaksanakan.
Pun begitu janji itu pasti. Tidak terawal atau terlimat walau seminit.dan penunaian janji datang dalam pelbai cara. Yang menjadi asbab. Mengikutrezeki masing masing. Ada yang mudah tetapi ada yang payah. Ada yang zahir ada yang tidak dizahirkan.
Perjalanan kita belum pasti bagaimana pengakhiranya. Adakah mudah atau adakah payah? Adakah zahir atau ia tersembunyi. Sempatkah menunaikan segala kata dan janji?
madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-51758909702287943612014-01-02T07:59:00.000-08:002014-01-02T07:59:13.728-08:00Ini baru Baru!
Dalam kesibukkan melihat percikan api menyambut tahun baru, aku terlekat dalam kesesakkan. Bukan. Aku bukan sama sama sibuk untuk meraikan tahun baru. Aku tersilap langkah dan tersalah jangkaan. Hasrat ke pasar borong untuk memperbaharui stok dalam peti aisku, kubatalkan.
Sebenarnya kita sepatutnya menyambut tahun buruk. Sebab jika dikira susut nilainya, sesuatu barang itu semakin bertambah buruk apabila meningkat umurnya. Malahan aku dah lama diiktiraf sebagai barang antik. Kalau tidakpun warga emas, pasti dah jadi warga cemas. Cemas mengenangkan bila akan tibanya lamaran. Bukan. Bukan lamaran untuk pernikahan..tetapi lamaran malaikalmaut. Lamaran untuk kembali. Lamaran untuk menemui Khaliq.
Dan sudahkah memperbaharui shahadah. Sudahkah memperbahari taubat. Barang buruk yang hampir sampai tarikh tempoh luputnya, takkan mampu diperbaharui sifat zahiriahnya. Yang mampu adalah memperbaharui ibadahnyanya. Inilah baru Baru.
SubhanAllah..madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-60309610072897252632013-12-26T15:05:00.001-08:002013-12-26T15:05:58.333-08:00Padam tak padam api itu....
Ketika 2013 hampir melabuhkan tirainya, genaplah 28 tahun melaksanakan tanggungjawab untuk mencegah rasuah. Suatu tanngungjawab dan amanah yang amat berat. Mungkin bukan pilihan utama satu masa dulu, tetapi bersyukur kerana terpilih untuk melaksanakannya.
Mudah diucap tetapi amat payah untuk dilaksanakan. Ramai yang kata benci rasuah, tetapi mereka masih sayang perasuah, masih mengagungkan perasuah. Rasuah bukan pihak atau puak atau politik. Rasuah adalah jenayah. Rasuah adalah kesengsaraan. Dan fitrah manusia adalah suka kepada benda yang disogokkan. Itu fitrah. Itu janji. Sebagaimana firman Allah dalam surah AlImran...' Dan dijadikan kecintaan dalam diri manusia kepada benda yang disukai oleh hawa nafsu iaitu wanita-wanita, anak pinak, harta dari emas dan perak yang bertimbun timbun, kuda yang bertanda lagi terlatih, kebun-kebun, tanam. Tanaman dan bintang ternakan....'. Dan inilah benda yang ditawarkan.
Rasuah juga adalah mengenai kuasa, yang tiada kuasa bisa menjerit tentang rasuah. Tetapi ujian sebenarnya adalah bila mendapat kuasa. Rasuah adalah mengenai peluang dan keinginan. Jika ada kuasa, maka datanglah peluang. Dan hanya keimanan dan taqwa yang akan mengekang keinginan.
Dalam menjalankan tugas, kami dikecam, dimaki dan dituduh pelbagai. Diperlekehkan kerana dikatakan hanya sebagai alat pihak tertentu. Amat sayu rasa hati. Boleh membunuh semangat. Sehinggalah teringat pesanan guru-guru tentang kisah seekor burung kecil yang membawa air dalam paruhnya untuk cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Ketika burung kecil tersebut diperlekeh oleh burung lain dan ditanya adakah dia menyangka air dalam paruhnya bisa memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim, burung kecil tersebut menjawab "padam tak padam api tersebut bukan kerja aku. Itu kerja Allah. Aku hanya melaksanakan tugasku kerana aku takut jika ditanyaNya nanti apakah usahaku untuk membantu Nabiku"
Padam tak padam bukan kerjaku...aku hanya takut jika ditanya adakah aku telah berusaha.?
Allahuakbar, berilah kami kebijaksanaan, kekuatan dan kesabaran. madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-60311601295168220832013-06-11T05:40:00.001-07:002013-06-11T05:41:44.319-07:00Subur.Beberapa episod penting dalam hidup. Mencorakkan peribadi dan membentuk jati diri. Bukan mahu menyalahkan keadaan tetapi inilah hakikat.
Anak yang diasuh dengan kasih sayang, akan subur dengan rasa kasih sayang. Lembut hatinya dan mudah tersentuh perasaannya. Kasih sayang yang disemai akan terus subur berkembang. Jika diasuhkan dengan keberanian, yakni menegakkan yang haq dan menentang yang bathil, diajar untuk berkata benar walaupun pahit..InsyaAllah akan ada jati diri yang kukuh.
Namun jika diasuh dengan kebencian, pasti sentiasa dihantu kebencian. Jika diasak dengan kritik dan cemuhan, akan jadi rendah diri dan tiada keyakinan. Jika sentiasa diajar bersikap sentiasa tak berpuas hati, mana mungkin memahami perngetian bersyukur.
Bagaimana mahu belajar bersyukur kepada Pencipta, jika tidak tahu berterima kasih kepada manusia. Bagaimana mahu rasa bersyukur, kerana cukup tidak pernah akan cukup, walau sebanyak mana sekalipun. Keperluan adalah amat mudah dipenuhi, tetapi apabila ia menjadi kehendak maka permintaan semakin akan meningkat. Kehendak yang gagal dikawal akan membentuk ketamakkan dan nafsu pasti akan menguasai.
Kata Mahatma Ghandi " The world is enough for everyone needs, but never enough for one man greed"., Maha Suci Allah, Dia telah menjadikan kecintaan dalam diri kita kepada perkara yang disukai oleh hawa nafsu, yakni ister-isteri dan anak pinak, harta dari emas dan perak yang bertimbun-timbun, kuda yang bertanda lagi terlatih, kebun tanaman dan ladang-ladang berserta ternakan....yang akan sentiasa menjadi episod menguji keimanan kita.Menguji integriti kita.
Tuhan, berilah aku kecukupan sehingga aku tidak perlu meminta-minta.madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-73558200555143283362013-03-14T10:41:00.000-07:002013-03-14T10:50:56.013-07:00MusimMusim buah dah lama berlalu. Tapi durian masih banyak dijual di pingir jalan. Seperti dah tak bermusim. Begitu juga jemputan kahwin, tak lagi bermusim seperti dulu. Hanya lebat masa cuti penggal. Salji masih turun di sesetengah tempat yang sepatutnya dah bertukar musim. Macam dah tak bermusim.kalau kat tempat kerja, sekarang musim transformasi, semuanya nak ditransformasi. Sampaikan iklan kat tepi jalanberbunyi TRANSFORMASI ALAM TIDURMU, TILAM LAMA TUKAR BARU! Amboi!

Kita pun sedang dilanda muim. Musim melempar dan melontar. Segala tohmahan dan tuduhan. Yang kiri lempar ke kanan dan yang kanan lempar ke kiri. Dan kita seperti menonton perlawanan tennis, menunggu return yang volley atau yang backhand mahupun drop shot. Berbeza dengan tennis penonton hanya boleh menyorak, dalam musim melempar tuduhan dan tomahan, penonton yang lebih menyambung lemparan dan tuduhan, waiimma dari kiri maupun dari kanan. Walaupun kadang-kadang kita tak tahu yang kiri betul atau yang kanan betul. Hanaya pemain dan tuhan sahajalah yang tahu. Nauzubillah, jangan kumpul dosa penyebar, kecuali yang kita sampai itu kita yakini benar, jangan takut, Allah telah janji apabila tiba yang haq, yang bathil pasti akan gugur. Bila? Dia tahu bila yakni bila kita sendiri telah bersedia.

Yang satu lagi ni tak bermusim. Dia datang bila bila masa. Yakni bila sampai masa dan ketentuaannya. Iaitu mati. Takut tengah sibuk lempar melempar kita terpanggil. Tak sempat minta maaf kepada yang dilempar. SubhanAllah. Mohon kita bukan dari golongan tersebut.

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kamu kepada tuhanmu dengan keadan yang ridha dan diridhai.
Dapatkah? madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-3635402895498846542013-01-29T00:58:00.000-08:002013-01-29T00:58:27.600-08:00Baru..

Terlalu lewat untuk mengucap Selamat Tahun Baru...yang dah hampir ialah Tahun Baru Cina. Namun, seperti juga nyawa yang semakin sampai ke penghujungnya, kita masih rasa baru semalam kita lalui. Segala susah senang, sedih gembira, pahit manis rencah kehidupan. Yang pasti kelansungan hidup perlu diteruskan.
Walau terasa tahun masih baru, 2 orang sahabat baru sahaja pergi. manjawap panggilan Ilahi. Menemui Penciptanya. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang yang soleh.

Tahun baru, banyak cabaran baru. Sayangnya masih ada kelekatan lama yang menambat kelansungan hidup. Tentang hati dan perasaan. Masih ada kejengkelan yang merunsingkan. Yang memerlukan kesabaran dan kekuatan. Agar kelansungan hidup ini dapat diteruskan. Teringat kata seorang guru dan sahabat.."hati orang kita kena jaga, hati kita, kita kena pujuk." Namun kadang-kadang daya pembujukkan dah tak mampu menahan hati yang terluka.
lari bukan alternatif yang ada. Rasanya usia dan kudrat dah tak memampukan untuk lari. Bertahanlah sahaja alternatif yang ada. Dan akhirnya berpegang kepada FirmanNya...Was tainnu bisobri wassolah..
madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-6712971743884186992012-11-14T01:33:00.001-08:002012-11-14T01:33:57.828-08:00Yang akan pergi dan yang mendatang

Tidak sedar berapa banyak redha dan berapa banyak murka. Yang akan dibawa oleh yang akan pergi. Malu untuk dihitung. Namun perlu juga dilaksanakan. Pada senja terakhir ini. Berapa banyak tegahan yang dilanggar, berapa banyak suruhan yang dipatuhi.
Namun atas sifat kasih sayang dan kelembutanMu, aku tetap memohon. Agar yang mendatang bawa kekuatan. Bawa perubahan. Supaya lebih dekat padaMu. Sebagaimana aku mendekati pitu kuburku.

Berapa banyak yang aku lakukan dari yang Kau tegah. Dan tak sempat pun aku mohon taubat dariMu. Walau Kau tidak redha dan tak pernah Engkau lupakan. Dan kau sentiasa berlemah lembut kepada aku, walau Kau berkuasa menyiksa ku, malah Kau senantiasa memberi aku peluang. Untuk memohon. Untuk meminta. Untuk bertaubat. Dan tidak sekali-kali Kau meninggalkan aku. Ku pohon keampunanMu. Janganlah kau biarkan aku. Dimanalah lagi, dapat ku rebahkan, rasa resah ku ini?

Yang baru, aku pohon dariMu kekuatan untuk melakukan kerja yang kau redhai,dan yang mendekatkan aku kepada MU dan beri juga aku kekuatan untuk menjauhkan dari yang Kau Tegah, peliharalah aku dari godaan syaitan, pembantunya, bala tenteranya. Peliharalah aku dari menzalimi diriku. Dau Kaulah yang maha berkuasa untuk mengubah.
Terima lah yang baik dari ku, ampunkan keterlanjuran ku.
Terimalah!
madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-90915039707805395022012-09-11T00:05:00.001-07:002012-09-11T00:07:59.268-07:00Mencari sebuah makna.

Dalam mencari makna
kita bangga bergelar bernama
kita mengumpul segala angka dan aksara
dan kita susun membentuk kata
atau sebuah arca.
Kitalah yang selalu merasa bahawa kita kukuh,
faham segala kosa kata mahupun segala cogan dan jata, bijak mengatur wacana. Sedangkan kita rapuh dan sering lemas dalam kata-kata dan selalu terpedaya dan mudah terkesima. Malah selalu berburuk sangka.
Dalam mencari makna kita sering lupa
kita dari tiada, sekejap sahaja ada, dan akan tiada semula.
Setelah kering tangis, dan layu bunga kemboja, entah ada entah tiada yang mengirimkan doa.
Takut-takut hanya kata nista, umpat fitnah yang mengisi ruang sempit sementara menunggu kita dibangkitkan semula!
madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-23046061035270235732012-08-08T09:01:00.001-07:002012-08-08T09:04:40.840-07:00Menyusuri Akhir Ramadhan.Ibarat perjalanan dua pertiga jarak telah ditempuhi, dan tiggallah sepertiga lagi. Tiada kepastian laluan yang ditiggalkan dapat dilalui semula, jika diizinkanNya di tahun Hijrah yang lain pula.Di musim yang bakal mendatang, jika ada lagi rezekiNya untuk kita.
Seperti musafir yang berkelana, setiap laluan ada onak, duri dan ranjaunya. Ada kisah pahit dan manisnya. Ada kenangan indah dan buruknya. Yang dikumpul dalam perjalanan adalah dosa dan pahala.Antara pengajaran dan pengalaman atau sekadar penat dan lelah, lapar dan dahaga. Menahan makan dan minum sahaja atau melatih zahir dan batin, rohani dan jasmani, isi dan kelongsongnya.
Kerinduaan memuncak disaat akhir sepertiga perjalan. Rindu pada zaman remaja yang telah ditinggalkan, muda yang takkan kembali. Rindu pada orang tersayang yang telah pergi, saat roh mereka amat dekat dengan kita, atas keizinanNya. Rindu pada Tuhan dan KekasihNya. Rindu pada hari kembali kepada penciptanya. Jika diizinkanNya dalam keadaan jiwa yang mutmainnah. Jiwa yang tenang. Dalam keadaan redha. Dan diredhai.
Sesungguhnya rindu itu amat dalam.
Namun melestarikan kerinduan itu amat payah....madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-33459402763427148132012-07-26T10:17:00.001-07:002012-07-26T15:22:54.543-07:00Menyusur Ramadhan

Usai 6 hari berpuasa, terasa masa semakin pantas. Sedih dengan cerita pembunuhan saudara seagama di pelbagai negara, terasa amat sayu. Melihat manusia diperlaku lebih buruk dari binatang. Pun begitu kita disini merasa bahang yang lain. Bahang pilihanraya dan segala cerita gelora yang datang bersama. Begitu juga pertikaman lidah dan mujadalah yang semakin berterusan. Telah menjangkiti ke warga bukan politik. Warga artis. juga warga media sosial. Dan medan interaksi sosial juga menjadi wadah pertikaman. Dan memisahkan saudara. Memisahkan sahabat.

Hidup perlu diteruskan. Kadang kadang, hanya doa yang dapat dipanjangkan. Kerana ada masanya kita tidak mampu buat yang lebih dari itu. "Mintalah, dengan sabar dan bersolat..." Tiadalah daya kita, tanpaNya.

Dan yang pasti, sebaik mana kita merancang, Dialah sebaik-baik perancang dan pelaksana.

Salam jumaat sahabat. Semoga kita diberi kesempatan menamatkan sepuluh rahmat. Menyusuri sepuluh kemaafan. Dan menutupnya dengan 10 pembebasan dari api neraka. Jika ada kesempatan untuk kita kali ini. InsyaAllah.

madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-65293499200002793062012-07-19T03:08:00.001-07:002012-07-19T03:09:10.901-07:00Marhaban Ya RamadhanAlhamdulillah...bertemu semula Ramadhan...yang Allah janjikan pengampunan , rahmat dan pembebasan dari api neraka. Yang Allah janjikan bahawa segala perbuatan baik kita ibadah, waimma tidur sekalipun. Peluang yang hanya diberikan sekali setahun....dan yang pasti kita tidak tahu samada akan bertemu semula tahun yang akan datang.

Dan seperti biasa bulan ini mengusik nostalgia. Kepada zaman remaja, zaman belia dan kini dalam kedewasaan remaja purba. Dan roh mereka yang kita sayangi membayangi kita. Mengusik memori saat manis ketika mereka masih bersama kita. Ayah, ibu, saudara yang telah pergi menemui penciptaNya. Yang dibenarkan kembali menjenguk kita.

Beruntunglah mereka yang masih dapat bersahur dan berbuka dengan ibubapa mereka. beruntunglah mereka yang masih dapat mendengar gelak ketawa dan berkongsi cerita suka duka orang tua mereka.

Bagi yang telah tiada, jangan berduka. Kongsilah kasih sayang mereka. dengan doa yang tidak putus-putus. kerana tanggungjawab anak tidak akan putus sehinggalah mereka menghembuskan nafas terakhir.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, dan kasihanilah mereka, sebagaiman mereka mengasihani kami semasa kami masih kecil. Tempatkanlah mereka di kalangan orang yang soleh dan orang yang Engkau kasihi"

AlFatihah untuk Allahyarham Kasah bin Hj Mat Yassin (12.9.1982) dan Allahyarhamah Halimah binti Bachik (18.6.2011)

madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-65016344068406283262012-06-13T21:46:00.001-07:002012-06-13T21:46:23.651-07:00Maafkan.Aku, maafkan kamu, tak perlu kita bertemu, cukup kau tahu, yang aku, maafkan kamu...............(Jamal Abdillah)

Memang agak payah untuk memaafkan. Kerana ia lebih mudah diucapkan dari dilaksanakan. Kerana hati kecil akan sentiasa mengungkit. Mengenang kembali. Bagai pita yang sentiasa di mainkan semula. Dan semakin ditonton semakin hati membengkak. Semakin nafsu amarah minta pembelaan. Pembalasan. Membibitkan benih dendam.

Dan dendam menjadi semakin berat. Menjadi bagasi yang dipikul sepanjang masa. Dibawa kemana jua. Sedang yang didendami tak pun merasa apa-apa. Yang mendendam? Sentiasa mengheret bagasi sia-sia dendam yang saban hari bertambah berat.

Kena belajar memaafkan. Kena belajar melepaskan bagasi sia-sia yang sebenarnya tak perlu dibawa. Kena belajar melupakan. Jangan mainkan pita-pita kenangan. Aku perlu belajar mengira keuntungan yang dianugerahiNya dan melupakan yang pahit. "Count my blessing, forget my mishaps".

Tapi rupanya yang paling payah ialah untuk memaafkan diri sendiri!

madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-65332496621400543722012-04-12T05:24:00.001-07:002012-04-12T05:29:26.762-07:00Katak Melalak.Ada teratak di hujung kampung,

Bawah cermin kopak ada kotak,

Tersembunyi dalamnya tempurung,

Sembunyi bawahnya katak melalak.....aku maafkan kamu. Jamal Abdillah.

Terlalu dalam maknanya. Yang tersurat amat mudah. Sehinggakan anak kecil bisa menyanyikannya sambil leka mengejar bola. Bola yang mula kempis. Atas padang yang tak berapa subur rumputnya. Padang yang akan di bangunkan gedung besar. Buat memberatkan lagi poket para kapitalis.

Pun begitu kisah Jangan Ambil Padang Kami hanya simbolik. Bukan hanya padang. Kebun kami. Hatta kubur nenek moyang kami. Demi pembangunan. Demi perbandaran. Dan pelbagai lagi demi dan demi. Dan kita hanya mendengar hujah lama...tak apalah, ini semua untuk masa depan kita juga. Sedang kita semakin terpinggir. Terpinggir ke hujung kampung. Dan akhirnya kita juga akan jadi terus tersembunyi. Seperti tersembunyinya katak dalam lagu itu. Dan kita juga pasti akan melalak. Tetapi lalakan kita telah terpinggir jauh. Takut tak siapa lagi yang mendengar.

Dan katak melalak akan akhirnya mati kepenatan. Bawah tempurung yang tersembunyi dalam kotak dibawah cermin kopak teratak buruk. Nun. Di hujung kampung!madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-5854531445520557072012-02-14T21:41:00.000-08:002012-02-14T21:41:17.685-08:00Senja

Apabila ketaksuban meningkat, kita perlu mencari punca ketaksuban. Aku kini taksub pada wajah senja. Menghabiskan masa memotretkan wajah senja. Mencari wajah senja dari pelbagai sudut. Memerhati dan cuba mengkaji senja. Menikmati pengukiran cahaya pada wajah senja dari pelbagai sudut dan punca.

Dan apabila aku jadi taksub pada senja, aku mula mencari punca. Punca ketaksuban. Dan mula membuat andaian , hanya berbentuk hipothesis tanpa pembuktian yang empirikal. Bahawa ketaksuban berlaku kerana perjalanan hidup, ibarat perjalanan matahari. Bermula dengan subuh, syuruk, tengahari, petang dan senja sebelum ia ditelan kegelapan malam. Maka hidup ini rupanya telah mula menghampiri senja. Perlahan-lahan cahaya semakin mula hilang dan bakal ditelan kegelapan malam. Begitu juga dengan perjalanan hidup.

Kata seorang sahabat, apabila kita mula bercerita terlalu banyak tentang masa muda, maka masa muda itu telah mula menghilang. Itu pasti. Yang tak pasti ialah bila senja berakhir. Bila malam mula melabuhkan tirainya.

....dan aku masih mencari titik waktu itu..madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-83631181019489607972012-01-30T04:12:00.000-08:002012-01-30T04:12:39.462-08:00PantasSehari sahaja lagi tamatlah Januari 2012. Masa berlalu pantas. Terlalu pantas. Agaknya kerana sisa usia semakin sedikit. Dan semakin terasa kekurangan. Kurang bersyukur atas apa yang dianugerahiNya. Atas apa yang dipinjamkannya. Demi kasih Khaliq kepada ciptaannya.

Dalam kepantasan ini dunia dikejutkan dengan pelbagai bunyi aneh. Dan semakin hari semakin menghampiri kita. Dan semakin banyak teori dan andaian. Sememangnya Allah menjanjikan kiamat. Dan kita terlalu asyik mengkaji tanda awal dan tanda akhir kiamat kubra. Sehingga kita lupa kepada kiamat kecil yang berlaku saban hari.

Apakah tanda kiamat kecil? Apabila sisa nafas semakin sedikit. Apabila qudrat yang dipinjamkanNya diambik balik sedikit demi sedikit. Apabila yang hitam semakin putih. Yang terang semakin kabur. Akan datanglah kiamat kecil apabila tiba waktunya. Mengikut janjinya yang tertulis di Luh Mahfuz, tidak tertolak ia walau sedikit. Mati adalah kiamat kecil, dan pasti berlaku keatas setiap yang bernyawa. Dan kiamat inilah yang paling hampir, dan tandanya paling jelas.

Dan aku memohon agar terpelihara dari sakit menghadapi gelombang Sakaratul Maut apabila tiba kiamatku. Aku bermohon agar tidak terpedaya dan terpesong di saat akhir ku. Aku memohon dari Mu yaAllah, agar berilah aku Husnul Khatimah. Amin.madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-30647184258850459452012-01-20T08:46:00.000-08:002012-01-20T08:46:25.586-08:00SisaTelah berlalu 20 hari dalam tahun 2012. Dan baru ini menjenguk ke ruang ini. Dalam menghabiskan sisa nafas yang masih ada. Alhamdulillah masih ada rezeki tuhan buat ku di bumiNya ini.

Sempat menyaksikan pelbagai isu dan pergunjingan. Yang kanan melompat ke kiri. Dan yang kiri melompat ke kanan. Yang bersorak menang tapi kampung tergadai. Yang menangis kalah maruah tergadai. Yang bersorak baju terkoyak kemaluan ternampak. Kalau yang kena pada kita, kita kata hakim bebas, kalau tak puas hati kita kita kata hakim terbatas. MasyaAllah.

Yang menjerit mencemuh tapi bila terkena diri sendiri rasa nak membunuh. Dan paling mudah kita menyalahkan pihak yang lain. Dan manusia sentiasa menyalahkan iblis yang menariknya ke neraka, sehinggalah iblis menempelak menegaskan manusialah yang membuatkan mereka tercampak keluar dari syurga!

Kata kawanku mencari kedamaian ialah dengan tidak menghukum atau melabelkan sesuatu kejadian kerana pasti pengalaman dan perasaan kita mempengaruhi keputusan kita. Itu yang dia belajar dari orang pandai bijaksana. Kata aku, aku tidak tahu.

Kerana aku masih mencari makna kedamaian. Masih. Mencari.madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-50970218355132658822011-12-27T18:40:00.000-08:002011-12-27T18:40:02.204-08:00Warna4 hari lagi tamatlah 2011. Menyorot kembali 361 hari yang telah berlalu. Ada hari manis dan ada hari pahit untuk diingati. Tetapi semuanya mewarnakan kehidupan. Yang dinamakan kehidupan. Tetapi apapun aku bersyukur ke hadrat Mu Ya Allah. Kerana dengan inayah dan limpahMu aku dikurniakan setahun lagi kehidupan.

Warna sedih pertama kehidupan, aku kehilangan ibu yang kusayangi. Dan pada hari yang sama aku terhijab atas KehendakMu. Namun aku bersyukur kerana jalan kembalinya amat mudah. Seperti yang selalu diungkapkan bibirnya. Pergi dengan mudah tanpa menyusahkan anak cucunya. Terima kasih Allah kerana Kau tunaikan permohonannya.

Warna pahit dalam kerjaya. Aku diuji dan hampir tewas dengan keakuanku. Dan aku mohon padaMu. Melalui iktikaf 7 ku untuk kau berikan ku kekuatan. Dan petunjuk. Untuk aku membuat pilihan. Dan aku mohon kesabaran. Kesabaran untuk menundukkan keegoanku. Mengekang nafsu amarahku. Memasung jiwa bongkakku. Alhamdulillah, tempoh payah kulalui walau agak perit dan memberi kesan kepada fizikalku.

2011 hampi melabuhkan tirai. Dan aku bersyukur kepada mu, dipenghujungnya kau warnai kehidupanku dengan warna girang. Bertemu sahabat lama, menghidupkan kembali rumah ibuku yang kaku selama beberapa bulan. Dan anakku menghadiahkan aku dengan kejayaannya. Dan yang paling penting, kau hadiahkan aku dengan isteri yang amat memahami dan anak-anak yang baik. Tiada apa yang lebih perlu kupohon, kecuali Kau letakkanlah kami di bawah lembayung RahmatMu dan sentiasa kau bimbing di atas jalanMu.

ALHAMDULILLAH. Nothing more, nothing less, nothing else.madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-66312708064168317852011-12-21T05:54:00.000-08:002011-12-21T05:56:46.740-08:00KeputusanInilah saat saat yang mendebarkan. Persoalannya adakah sianak yang menduduki peperiksaan lebih berdebar? Atau ibubapa yang lebih berdebar! Kurang dari 24 jam lagi keputusan PMR akan diumumkan. Dan aku di Kuale untuk menemani anak mengambil keputusan esok. Dan mengikut perkiraan biasa, ini kali terakhir untuk keputusan PMR. Dan buat kali yang ketiga.

Kita selalu menekan dan mengharap sianak untuk berjaya. Bagus. Tetapi jangan sampai kita yang pengsan jika sianak gagal mencapai kejayaan seperti yang kita harapkan. Apatah lagi jika kita telah pukul canang bahawa anak kita bakal calon terbaik.

Bersyukurlah jika ia telah berjaya ke takat ini. Redhalah dengan keputusan yang bakal diterima. Jika baik, syukur Alhamdulillah, jika tidak, berilah mereka sokongan dan kekuatan, bukan kritikan dan kutukan. Ini bukan penamat tetapi jadikan ia permulaan.

Jika jatuh, bangunlah semula. Seperti kata Arwah Ayah saya, tidak penting untuk ingat berapa kali kita jatuh, yang penting ialah untuk mengukur berapa cepat kita bangun semula. Megumpul semula kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Bukan menghitung berapa luka yang dikutip sepanjang jalan kehidupan.

Saya doakan Allah memberi kita para ibubapa kesabaran dan para anak dibekalkan dengan ketabahan ketika menerima keputusan esok. InsyaAllah.

Dan teringat ketika mengambil keputusan dulu. Yang menangis ialah yang gagal mendapat semua A, tetapi yang menjerit kegirangan paling kuat, adalah rakan yang hanya mendapat cukup makan.

Aku? Berada ditengah-tengah diantara yang menangis dan yang menjerit kegirangan. Aku hanya tersenyum dalam kesyukuran!

Kuala Kangsar. 10.00 mlm 21.12.2012.madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-63999692880807897882011-12-17T16:38:00.000-08:002011-12-17T16:38:02.949-08:00SeparuhKurang 24 jam lagi usia akan mencapai separuh abad. Dan mulai bulan depan hadir kerja juga dibayar separuh sahaja gaji. Kerana pada usia ini aku sudah layak bersara dan mendapat pencen separuh dari gajiku. Namun aku berdoa, jika aku masih diberi kudrat dan iradat untuk bekerja, usaha aku tetap seperti biasa, jika pun tak termampu meningkatkan dari apa yang telah ku beri.pohon dari Mu YaAllah kudrat dan iradatMu jua.

Pada usia ini kami dipanggil lelaki separuh umur. Mengapa? Aku pun tidak tahu. Namun aku membuat andaian ada lelaki yang apabila mencapai umur sebegini jadi keliru. Dan mula berlagak dan bergaya separuh dari umurnya. Jadi mula merasa seperti berusia 25 tahun. Nauzubillah. Semoga Allah pelihara aku dari sedemikian. Jika tak upaya jadi lebih baik, berilah aku kekuatan agar dapat beristiqamah dengan apa yang baik yang telah kau kurnikan.

Aku mohon YaAllah jangan terperangkap dengan mainan Mid Life crisis'. Sedang rumah semakin mengira hari tempoh expired aku. Dan kubur begitu ghairah mennungu arrival ku. Kerana dalam leka percaya ini hanya Mid Life Crisis, rupanya ia adalah End Life Crisis. Dan saat akhir baru kita sedari bahawa kenderaan HIDUP ini tidak ada reverse gear.

Syukur YaAllah atas apa jua yang telah kau beri.

Nothing more, nothing less, nothing else...but YOU, The Most Merciful.madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-74707667976359339682011-12-14T10:14:00.000-08:002011-12-14T10:20:14.020-08:00Yang Berjaya dan Yang GagalYang Berjaya.

Setelah merancang sebegitu lama. Dan terpaksa mengimbangi antara yang pesimis dan yang optimis. Akhirnya tibalah hari yang dinantikan. 71 orang dari 119 orang hadir. 4 orang ( setakat yang diketahui) telah pergi menemui Khaliqnya. Dan ini sesungguhnya membuktikan bahawa ramai yang masih menghargai persahabatan.

Dimulakan dengan bacaan Yasin. Tahlil. Dan maghrib berjemaah di pimpin oleh seorang sahabat. Amat tersentuh hati dengan bacaannya. Sedunya ketika memimpin solat. Dan airmatanya ketika saling bersalaman dan berpelukkan. Amat tersentuh hati dengan kehadiran seorang sahabat yang menggagahkan diri untuk hadir. Walaupun baru sahaja kehilangan anak tercinta tak sampai seminggu. Demi persahabatan. Yang menjawap persoalan apa lagi yang dapat dikongsi setelah 33 tahun terpisah.

Diikuti majlis makan malam. Dan buat pertama kali aku terasa amat payah untuk mengacarakan majlis. Kerana pembesar suara ku tidak cukup kuat. Kerana ia ditengelami oleh hilai

tawa antara sahabat yang ditemukan semula. Jumlah yang hadir melebihi dari jangkaan. Dan

penganjur takut. Sehingga tidak makan bagi mendahulukan tetamu. Dan 4 orang guru hadir. Dan buat pertama kali guru yang biasanya petah berkata kata terkedu tidak bisa berbicara. Dan

enggan meninggalkan majlis sehingga petugas hotel mendesak kerana masa telah tamat.

Di sambung semula. Hampir 30 orang bertamu ke Pelita. Menyambung cerita dan gelak ketawa. Ada juga yang berkongsi duka. Dan itulah erti persahabatan. Thoroughbred, i salute you.

Yang gagal.

Telah juga dirancang. Dipindahkan tempat agar memudahkan sahabat. Namun gagal dilaksanakan. Mungkin ada hikmahnya. Untuk kami menyelami lebih dalam makna persahabatan. Dan lebih mengerti. Bahawa Pendita belum tentu bijaksana. Atau masih perlu menyelesaikan beberapa kekusutan. Yang kadang kadang tidak kita akui.

Dan aku masih mencari titik persamaan dan perbezaan.madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-58040733917997610242011-12-09T10:16:00.000-08:002011-12-09T10:16:41.124-08:00Penyatuan SemulaNovember yang terlalu sibuk. Atau sengaja buat buat sibuk. Berlalu dengan pelbagai kenangan. Tanpa disedarai sepertiga Disember pun berlalu dengan pantas. Tinggal lebihkurang 21 hari lagi kita melangkah ke tahun baru.

Sibuk merancang untuk organisasi. Ya genap 26 tahun bersama organisasi pada Disember ini. Penuh kengan, manis dan pahitnya. Sibuk merancang untuk keluarga. Namun banyak yang tinggal rancangan sahaja. Dan masih sempat merancang penyatuan semula. Teman remaja mencari dan mengenali kedewasaan. Mencari identiti diri. Di bawah satu bumbung asrama yang sama dan menyuap nasi dari kawah yang sama. Reunion. Ada yang begitu ghairah untuk bertemu semula. Pun ada jua yang berkata.."Ya kita kongsi lima tahun bersama, tetapi kita terpisah selama lebih 3 dekad, apa yang ada lagi untuk di kongsi? Selain sapaan mesra, bertanya khabar dan kemudian apa?"

Yang dikongsi adalah persahabatan. Itupun jika kita menghargainya. Jika tidak, apalah ada pada satu majlis makan malam Reunion. Yang dikongsi adalah pengalaman. Yang mendewasakan. Yang dikongsi adalah perasaan kasih sayang. Yang dibina adalah ukhwah dan persahabatan. Itupun jika kita menghargainya.

Dan yang lebih memberi erti, ialah ingatan kita pada sahabat yang pernah memberi kita masa untuk mendengar rintihan kita, berkongsi kemewahan mereka, meminjamkan masa mereka kepada kita semasa kita memerlukannya. Dan aku punya banyak kenangan tersebut. Kerana dalam mencari kedewasaan dibawah bumbung asrama Kg Konggo, ramai yang berkongsi dengan aku masa, tenaga dan wang ringgit mereka.

Itulah yang dikongsi.Kenangan. Dan terima kasih yang kadang kadang tidak pernah diucapkan.madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-11984582.post-69737113928312990182011-10-31T07:22:00.000-07:002011-10-31T07:22:59.335-07:00Antara Gadhafi dan Yue Yue.Perikemanusiaan. Mungkin perlu dikaji semula takrufnya. Atau perlu dicari semula. Jika benar ia telah hilang. Atau tenggelam di bawah timbunan dinar rupiah dollar dan Yen. Dan jangan malukan haiwan. Dengan menuduh mereka bersifat kebinatangan. Kerana haiwan pun malu jika mereka disamakan dengan manusia. Jika itulah contoh yang dilestarikan.

Kata Pendita, tiada manusia dalam alam binatang tetapi ada binatang dalam alam manusia. Tetapi anjing pun kasih dan sayang pada anjing yang lain. Hingga sanggup menggadai nyawa menyelamatkan sahabatnya. Pasti jika mereka pandai membaca, mereka juga jijik membaca kisah Gadhafi dan Yue Yue. Pasti mereka tidak mahu disamakan dengan manusia. Jika itulah perlambangan kemanusiaan.

Dan aku tidak marah jika kamu panggil aku binatang. Jika kisah anjing tadi jadi perlambangan kasih sayang. Kerana kita gagal melestarikan makna kasih sayang. Kita gagal memaknakan perikemanusiaan!madcaphttp://www.blogger.com/profile/17919756152391032701noreply@blogger.com0