Di manakan ku cari...
Catatan perjalanan seorang insan meniti kehidupan dalam sebuah pencarian..
Tuesday, February 12, 2008
Jam dan Roti
aku terlupa
membawa sekeping roti
untuk kunikmati bersama jam ini.
kalau ada basikal seven up tua ku
pasti
aku akan sampai dulu dari kamu. kamu. dan kamu.
Monday, February 11, 2008
Titian Usang
terkenang
titian usang diatas lombong tinggal
kususuri dengan basikal Seven Up tua
membawa bungkalan sekerap
ke kedai Ah Yong
untuk mengganti sepatu Fung Keong
yang dah lekang tapaknya.
untuk mengganti pensil pendek
yang dihumban oleh Mrs Ambrose
melalui jendela sisi kelasku.
dulu.
Thursday, October 04, 2007
bisu
bukan bisu.
cuma tak dapat mencari ungkapan yang sesuai
kerana nista dan keji semata
tak dapat menggambarkan
marah yang membara
dan sedih yang mencegkam dada.
bukan.
bukan masa tuding menuding jari
mencari salah dan mengata.
lebih baik
muhasabah, berusaha doa dan tawakkal.
supaya esok tiada lagi kisah
pilu sepilu
kisah nurin.
Wednesday, September 26, 2007
kenapa.
besok
jangan sampai ditanya cucu
kenapa dulu
atok tak buat begitu.
atok
janganlah jawab
masa atok dulu selalunya tak begitu.
sedangkan
atok pun lebihkurang begitu
dan tak pernah pun cuba
tak jadi begut.
besok.
jangan tanya cucu
kenapa kencingkan kubur atukmu
sebab besok
adalah hasil hari ini.
Sunday, September 23, 2007
Ntah.
Ntah ape-apen ntah,
tiba tiba aku teringin singgah.
lama.
dah terlalu lama
hingga kau lupa nama dan asal usulku.
ditanya pelbagai perkara
pelbagai nama dan pelbagai cara
sbelum dapat kubuka
wilayah yang dulu tempat aku bertapa.
ntah ape-ape ntah.
aku jadi lebik tidak tahu.
Thursday, November 09, 2006
api.
percikan api yang terang dan
terasa bahangnya,
api
dalam hatiku ni
lebih membara bahangnya!
Thursday, November 02, 2006
Aman
Aman.................
tanpa keriuhan
dan kesesakan.
Thursday, October 19, 2006
Usang
terjumpa sekeping
gambar usang
dimamah usia
semasa gerobok kuselongkari.
dan menyusur memori
di liku-liku kehidupan .
Monday, May 08, 2006
tanpa title
rakus menelan budi
menelanjangi kemanusiaan.
lupa pesan tuhan
dan kadang-kadang
mahu jadi tuhan.
Thursday, May 04, 2006
Lubang ku gali.
Jika kau mahu aku mati
tunjukkan aku di mana kau mahu lubang kan ku gali
agar senang bangkai ku bersemadi
aku masih punya kudrat
dan tulang empat kerat , darah dan keringat
menyiapkan liang dan lahad
asal jangan bangkai ku menjadi makanan lalat.
Tunjukkan, tunjukkan
Di mana kau mahu lubang itu kan ku gali
tetapkan ku gali.
Tolong kambuskan lubang yang ku gali
Andainya ia telah kau isi
Dengan aku, dendam dan kesumat kau isilah sekali.
Jika lubang yang ku gali telah kau isi
Tolong kambuskan lubang yang ku gali!
Sunday, July 24, 2005
Aku Masih Mencari.
i. Prolog
Aku. Masih mencari.
Jika aku temui apa yang kucari,
mungkin dapat kita kongsi bersama,
apa yang kucari.
ii. Epilog.
Dan
semalam menyapa aku.
dalam imbauan mimpi
atau igauan ngeri
sedangkan hari ini
masih ada yang tersimpul erat
belum terungkai!
an besok
apakah sudi
menyapa aku
sekali lagi?
Newer Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)