Thursday, January 02, 2014

Ini baru Baru!

Dalam kesibukkan melihat percikan api menyambut tahun baru, aku terlekat dalam kesesakkan. Bukan. Aku bukan sama sama sibuk untuk meraikan tahun baru. Aku tersilap langkah dan tersalah jangkaan. Hasrat ke pasar borong untuk memperbaharui stok dalam peti aisku, kubatalkan. Sebenarnya kita sepatutnya menyambut tahun buruk. Sebab jika dikira susut nilainya, sesuatu barang itu semakin bertambah buruk apabila meningkat umurnya. Malahan aku dah lama diiktiraf sebagai barang antik. Kalau tidakpun warga emas, pasti dah jadi warga cemas. Cemas mengenangkan bila akan tibanya lamaran. Bukan. Bukan lamaran untuk pernikahan..tetapi lamaran malaikalmaut. Lamaran untuk kembali. Lamaran untuk menemui Khaliq. Dan sudahkah memperbaharui shahadah. Sudahkah memperbahari taubat. Barang buruk yang hampir sampai tarikh tempoh luputnya, takkan mampu diperbaharui sifat zahiriahnya. Yang mampu adalah memperbaharui ibadahnyanya. Inilah baru Baru. SubhanAllah..

No comments: