Di manakan ku cari...
Catatan perjalanan seorang insan meniti kehidupan dalam sebuah pencarian..
Wednesday, August 27, 2008
Sumpah
menang kan jadi arang
kalah kan jadi abu.
kita?
dah lama jadi debu
terbang di bawa angin lalu
tak siapa pun ambil tahu.
sumpah
aku cicak(gecko),
bukan sesumpah.
Thursday, August 14, 2008
Al Fatihah
Selepas solat subuhmu
kau bersedia di pembaringan mu
bersedia
kembali kepada Penciptamu.
(Hai jiwa yang tenang
kembalilah kepada Tuhanmu denagn hati yang ridha lagi dirihaiNya.
Maka masuklah kedalam jamaah hamba-hambaKU,
dan masuklah ke dalam syurgaKu) Al Fajr Ayat 27 - 29.
Kani akan merindui mu.
Bersemadilah dengan tenang.
Wednesday, August 13, 2008
Nanti
Nantilah.
Esok mungkin ada sedikit masa untukmu.
Dan seperti biasa
janji itu tinggal janji.
Sedikit masa yang dicari itu
belumpun ditemui.
Friday, February 22, 2008
sebatang pohon tua..........
akan matilah ia dalam ketuaannya.
saban hari
bagai menunggu masa
untuk sujud menyembah bumi.
tiada lagi redup lembayungnya
tiada lagi kicauan riang unggas meniti dahannya.
kering.tandus.
dalam ketuaanya.
Sunday, February 17, 2008
tapi sayang batu...
kau tak boleh berkata-kata.
semuanya kau lihat........
tapi kau tak bermata.
Tuesday, February 12, 2008
Jam dan Roti
aku terlupa
membawa sekeping roti
untuk kunikmati bersama jam ini.
kalau ada basikal seven up tua ku
pasti
aku akan sampai dulu dari kamu. kamu. dan kamu.
Monday, February 11, 2008
Titian Usang
terkenang
titian usang diatas lombong tinggal
kususuri dengan basikal Seven Up tua
membawa bungkalan sekerap
ke kedai Ah Yong
untuk mengganti sepatu Fung Keong
yang dah lekang tapaknya.
untuk mengganti pensil pendek
yang dihumban oleh Mrs Ambrose
melalui jendela sisi kelasku.
dulu.
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)